Thursday 15 December 2011

JADIKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK ITU SERONOK, BERMAKNA, BERGUNA DAN MENCABAR!

PENGENALAN  
Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.
Ahmad Hozi H. A. Rahman
(Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum)
Umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas. Murid diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Kurikulum matematik sekolah rendah pula memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian.
Kini, pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah telah menggunakan bahasa Inggeris yang bermula dari darjah 1. Adakah matematik masih seronok, bermakna, berguna dan mencabar? Cukupkah bahan-bahan matematik yang ada disekolah yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan?   
MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
Guru-guru matematik sebagai golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar matematik berdepan dengan pelbagai masalah pengajaran matematik yang berbeza mengikut tahap murid. Murid sekolah rendah tahun 1 dan 2 yang baru mengenal alam persekolahan pun mempunyai masalah yang tersendiri. Apakah di antara masalah-masalah mereka? Jika hendak di senaraikan, banyak juga masalahnya. Jika anda seorang guru matematik, anda lebih mengetahuinya bukan?
Namun, daripada pandangan orang luar, mengajar murid sekolah rendah iaitu tahun 1 dan tahun 2 nampak mudah. Hakikatnya, ia tidaklah semudah yang disangka.
Masalah  1:
Pada peringkat usia 7 dan 8 tahun, murid-murid ini bukannya boleh berdikari untuk belajar. Semuanya perlu diarahkan. Mungkin kerana didikan tidak formal di rumah oleh ibu bapa, menjadikan mereka amat memerlukan perhatian secara individu sebagaimana di rumah. Jika dilayan secara individu, mereka sebenarnya lebih pantas dalam pembelajaran.
Apa lagi masalah yang biasanya dapat anda lihat semasa mencuba mengajar matematik kepada anak-anak di rumah?
Masalah  2:
 Ya, mereka susah benar memberikan fokus dalam perkara yang di ajar. Menyebut tentang fokus terhadap pembelajaran matematik ini, boleh dikatakan fokus murid-murid perempuan lebih lama berbanding murid laki-laki. Kanak-kanak atapun murid perempuan nampak lebih senang duduk diam dalam menyiapkan kerja. Kanak-kanak atau murid lelaki pula, pantang nampak kawan, mereka akan terdorong untuk saling mengajak untuk bermain. Itulah yang mereka paling suka! Itulah alam mereka!
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran matematik, jika kawalan guru terhadap kelas tidak baik, murid-murid ini akan terus leka dan tidak banyak belajar di dalam kelas. Tidak mustahil juga, mungkin akan ada yang langsung tidak faham konsep-konsep matematik yang diajar oleh guru walaupun hanya konsep-konsep nombor yang asas! Mereka juga akan gagal menguasai kemahiran-kemahiran matematik yang asas - tambah, tolak darab dan bahagi. Oleh kerana masalah ini tidak ditangani dan kelemahan tidak diperbaiki dari perignkat awal, maka ia berterusan sehinggalah murid itu masuk ke Tahun 2. Tidak faham dan tidak faham memanjang akan memadamkan motivasi belajar dan akhirnya menjadikan murid bosan untuk belajar matematik! Bagaimana mungkin generasi 'pandai matematik' dapat dilahirkan jika beginilah keadaannya.

Masalah  3:
Seterusnya, guru matematik juga berdepan dengan masalah tiadanya minat untuk mempelajari matematik dalam kalangan murid-murid sekolah. Masalah ini mungkin adalah masalah yang diwarisi! Masalah tidak minat atau kurang minat ini seterusnya membawa kepada masalah yang kedua iaitu murid-murid gagal untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam matematik. Nah! Hal inilah yang menyebabkan adanya murid tahun 5 dan 6 yang markahnya corot-corot belaka dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)!. Tidakkah pihak sekolah berasa malu jika keputusan matematik UPSR sekolah di tahap yang corot? Tidakkah guru matematik merasa tertekan mendapat murid yang sedemikian?
Apakah yang sepatutnya dilakukan?
Tidak dapat dinafikan bahawa, guru matematik yang pakar sekalipun akan mati akal untuk mengajar matematik jika murid-muridnya tidak berminat untuk belajar. Tinjauan pernah dibuat dalam kalangan guru-guru mengenai bagaimana mereka menangani masalah seperti ini. Kebanyakannya mengatakan bahawa mereka akan memberikan banyak latihan matematik kepada murid-murid tersebut. Latihan matematik secara bertubi-tubi ini sekurang-kurangnya akan menjadikan murid-murid sibuk dan tidak membuang masa di dalam kelas. Sekalipun murid-murid telah menyiapkan semua latihan matematik yang diberikan oleh guru mereka pada setiap hari, adakah semua latihan matematik itu akan menambah minat murid-murid kepada matematik? Ya, belum tentu!
Pernahkah anda terfikir...
Jika masalah murid tidak meminati matematik ini berlaku di kelas anda bagaimana? Pernahkah anda terfikir untuk keluar dari kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang stereotaip kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang kreatif?
Mungkin anda pernah membuat satu permainan yang berkaitan dengan matematik untuk menarik minat murid-murid terhadap matematik. Cuba anda perhatikan;
Adakah permainan matematik tersebut sesuai dimainkan oleh semua murid dalam kelas anda? atau
Permainan matematik yang anda buat itu hanya sesuai untuk murid yang cerdik sahaja atau yang lemah sahaja?
Adakah teknik permainan matematik anda betul?
Adakah permainan matematik anda itu mendapat sambutan murid-murid dan mereka seronok dalam pembelajaran?
Jika anda mempunyai misi dalam memperbaiki prestasi dan pengalaman pembelajaran matematik , anda berada di tempat yang tepat. Lihatlah, apa yang boleh anda lakukan dengan bahan bermutu yang kami sediakan! Di samping latihan, perbanyakkanlah aktiviti! My Rummy, bukan setakat aktiviti matematik yang mencabar dan menyeronokkan malah lebih daripada itu! My Rummy, sesuatu yang perlu anda ketahui! Teruskanlah bacaan anda!
TUJUAN PEMBANGUNAN APLIKASI MY RUMMY
v  Membantu guru menyediakan bahan sokongan yang bermutu mengikut keperluan negara.
v  Bahan sokongan yang menepati kehendak Kementerian Pelajaran berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti.
v  Bahan yang sudah dicuba beberapa tahun sebelum diperkenalkan ke sekolah-sekolah.
v  Mudah digunakan kerana ramai Guru Jurulatih Utama (JU) dan guru sudah didedahkan dengan pendekatan ini.
v  Memberi pendidikan mengikut kemudahan zaman kanak-kanak masakini.
v  Pembelajaran kendiri yang boleh menguji pelbagai gaya pembelajaran murid.
My Rummy:
Pengenalan    
 My Rummy ialah satu versi game-card untuk Matematik. Apa yang dimaksudkan dengan rummy? Istilah rummy, tiada ditakrifkan didalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terbitan 2002. Namun, di dalam kamus Web Wikipedia, rummy sebenarnya ialah istilah generik atau umum bagi permainan kad atau game-card. Oleh kerana terdapat banyak jenis kaedah permainan game-card, permainan padankan kad atau matching card games mungkin lebih sesuai untuk menjelaskan mengenai permainan rummy.

Sama ada dari segi istilah mahupun bahasa, rummy sememangnya tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, gaya permainan rummy yang menggunakan kad dan dimainkan secara berkumpulan sinonim dengan permainan poker atau mungkin juga disebut kad judi!

Disebalik gaya permainan rummy, jika difikir-fikirkan, bermain secara berkumpulan adalah sesuatu yang dilalui oleh semua orang! Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan, sesuai dengan naluri kanak-kanak!

Seperti juga istilah rummy, permainan atau game juga tiada kaitan langsung dengan matematik. Malahan, aktiviti bermain bagi kanak-kanak zaman sekarang adakalanya disekat kerana bermain membuatkan kanak-kanak menjadi leka.

Namun, jika difikir-fikirkan kanak-kanak sebenarnya bermain untuk belajar! Bermain adalah merupakan interaksi sosial bagi kanak-kanak. Dengan bermain dalam kumpulan, lebih banyak lagi pengalaman akan dipelajari oleh seorang kanak-kanak tanpa disedari oleh kita sebagai orang yang telah dewasa. Oleh sebab itulah, My Rummy dicipta untuk murid-murid belajar matematik dalam permainan berbentuk game-card. Secara tidak langsung, My Rummy menggalakkan interaksi sosial. Melalui cara ini juga, murid-murid akan belajar matematik melalui cara dan pengalaman yang menyeronokkan! Nah! itulah sebahagian daripada tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik!

  



 Apa itu MY RUMMY?
My Rummy ialah game-card untuk matematik.
My Rummy dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan.
Bermain My Rummy menggalakkan interaksi sosial.
Kanak-kanak bermain untuk belajar.
My Rummy membolehkan murid-murid belajar matematik dengan cara dan pengalaman yang menyeronokkan!      
Keunikan My Rummy   
   
My Rummy bukan permainan game-card yang biasa. My Rummy bukan permainan game-card yang menyebabkan kanak-kanak leka dalam pembelajaran. My Rummy bukan permainan game-card yang membuang masa. Jika anda ingin tahu, selain fungsinya sebagai alat permainan dalam kumpulan yang menimbulkan keseronokan, My Rummy juga direkabentuk untuk membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.

Dalam My Rummy Level 1 yang ditawarkan, ia memberikan fokus terhadap penguasaan konsep tambah dan tolak (addition and subtraction) sahaja. Ini adalah kerana murid-murid sekolah tahun 1 dan tahun 2 selalu bermasalah dalam memahami konsep asas tersebut apabila di ajar didalam bahasa Inggeris. Murid-murid anda mungkin tidak bermasalah untuk menyelesaikan operasi matematik asas seperti 5 - 1 = ?. Apakah yang anda akan lakukan jika murid-murid anda menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi matematik 'count back 1 counts from 5 = ?'

My Rummy menyediakan 120 operasi matematik yang sedemikian yang disusun mengikut aras kesukaran yang rendah ke tinggi. My Rummy memang dicipta untuk murid tahun 1 dan tahun 2. My Rummy ialah pilihan aktiviti yang terbaik untuk mereka!

Selain daripada mempertingkatkan penguasaan konsep-konsep asas dalam matematik, My Rummy juga adalah permainan di dalam kelas yang mampu untuk meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense yang di dapati begitu lemah dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain daripada itu, My Rummy juga menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation). Bagaimana My Rummy melakukannya? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.
Apa itu MY RUMMY?
My Rummy membina dan meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
My Rummy meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number sense.
My Rummy menjurus ke arah pembangunan komputasi mental (mental computation)
Permainan My Rummy juga unik kerana tidak berkonsepkan menang atau kalah. My Rummy lebih berminat untuk mengenalpasti siapakah yang paling responsif daripada siapa menang atau kalah. Menerusi kaedah permainan yang unik, pengoperasian matematik yang dilakukan oleh murid secara komputasi mental (mental computation) memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk murid menghasilkan jawapan yang tepat. Rangsangan daripada ahli kumpulan pula melatih murid untuk berfikir dengan pantas dan membuat keputusan yang cepat untuk menjawab pengoperasian matematik yang dilontarkan dalam sesi permainan. Bagaimanakah My Rummy dimainkan? Skrol ke bawah untuk mendapatkan jawapannya.

Masih ingatkah anda mengenai gaya pembelajaran (learning style) dalam kalangan murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang masih dikira baru dalam alam persekolahan? Ianya ada dalam kajian pedagogi. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 lebih suka dan mudah memproses maklumat melalui apa yang ia dengar. Jika diminta membaca daripada buku, mereka agak liat dan kurang fokus! My Rummy adalah mathematical game yang mengambilkira gaya pembelajaran murid di peringkat ini.
My Rummy menyediakan pengoperasian matematik dengan ayat matematik dan bahasa yang mudah. Ini adalah bagi mengelakkan murid terpaksa mengulang ayat matematik yang dilontarkan kepada ahli kumpulan. Penggunaan ayat matematik yang mudah juga dapat membangunkan kemahiran yang disebut sebagai reasoning skill.

Reasoning skill iaitu kebolehan untuk memberikan alasan atau sebab adalah kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi dalam pembelajaran murid. Reasoning skill semakin diterima sebagai kaedah penilaian dan merupakan kemahiran kritikal pada abad ini. Semua ciri-ciri ini menjadikan My Rummy amat sesuai untuk diaplikasikan di sekolah untuk murid-murid seawal sekolah rendah!

Tidak seperti permainan mathematical game yang lain, My Rummy dibangunkan untuk mencipta hubungan dengan aplikasi matematik seharian malahan mampu juga menjadi alat yang menarik dalam meningkatkan penguasaan istilah (misalnya istilah count on, count back, counts from, less than dll) serta kemahiran komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid.


 Apa itu MY RUMMY?

My Rummy meningkatkan keyakinan diri.
My Rummy melatih cara berfikir yang pantas dan cepat membuat keputusan.
My Rummy mencipta hubungan (making connections) dengan aplikasi matematik seharian
My Rummy membangunkan reasoning skill.
My Rummy meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 

=)Sila melayarihttp://www.my-rummy.com/Malaysia_Site.html;Untuk mendapat maklumat yang lebih teliti,terima kasih!


matematik puzzle game

http://www.funfastgame.com/ms/game/620/math-puzzle-game.html

Bermain game sambil belajar matematik

http://gametrick.net/Double-Digits.html

Tuesday 13 December 2011

Pentaksiran dan Standard Prestasi KSSR Tahun 1

Matlamat Kurikulum
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentangkonsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikanpengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
1.Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor danOperasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3.Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dandengan kehidupan harian.
4. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5. Menggunakan    pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategibagi menyelesaikan masalah.
6.   Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8. Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9.Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik